Kata Tugas terdiri daripada:
1. kata hubung
2. kata seru
3. kata tanya
4. kata perintah
5. kata pangkal ayat
6. kata bantu
7. kata penguat
8. kata penegas
9. kata nafi
10. kata pemeri
11. kata sendi nama
12. kata pembenar
13. kata arah
14. kata bilangan
15. kata pembenda
Kata Penyambung Ayat
Definisi
Kata penyambung ayat ialah kata hubung, iatu kata yang menghubungkan , kata dengan kata, frasa dengan frasa dan ayat dengan ayat.
~ kata hubung terbahagi kepada dua, iaitu;
kata hubung gabungan dan kata hubung pancangan
~ kata hubung gabungan terdiri daripada ;
dan , atau , tetapi , serta , lalu , malahan , sambil , dan kemudian.
~ Penggunaannya dalam ayat adalah seperti berikut:
1. Nazri dan Sani bersahabat baik.
2. Mereka mungkin pergi ke Kulim atau ke Baling
3. Siti lulus ujian itu tetapi adiknya gagal
4. Tetamu itu bangun lalu turun ke serambi .
5. Kakak menyapu sampah sambil berbual dengan ibu.
6. Bukan Azman sahaja yang baik hati malahan isterinya juga pemurah.
~ kata hubung pancangan terdiri daripada
kerana , sekiranya , yang , kalau , hingga , sementara , ketika , walaupun , agar , semoga , andai kata , jika (lau) , setelah , tatkala , kendatipun , apabila , sungguhpun dan sebagainya.
Ayat contoh;
1. Budak yang sedang bermain itu adik saya.
2. Murid itu sering dipuji kerana rajin belajar.
3. Sokri bersorak terlalu kuat hingga serak suaranya.
4. Nenek berdoa semoga datuk cepat sembuh
5. Dia pengsan apabila mendapat tahunya ayahnya meninggal dunia
6. Jangan kita bersikp kasar terhadapnya, kendatipun ia seorang yang sombong.
7. tatkala hujan turun mereka masih di padang.
8. Sungguhpun miskin, Pak Dolah dan Mak Kiah hidup bahagia .
latihan
sumber ~ tatabahasa dewan
0 comments:
Post a Comment