CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday 3 December 2011

Kata Pemeri

Kata Pemeri ialah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Terdapat dua jenis kata pemeri iaitu ialah dan adalah

Kata pemeri ialah hadir di hadapan frasa atau kata nama manakala kata pemeri adalah hadir di hadapan frasa/kata ajektif dan  frasa/kata sendi.

1.  Wanita itu ialah ibu angkat saya.
2.  Laksa ialah makanan kegemaran saya.
3.  Keadaan di pusat perkelahan itu adalah sangat cantik dan menarik.
4  Tempat lahirnya adalah di Kampung Kelapa Condong.
5.  Pegawai itu adalah dari Pusat Pemulihan Akhlak Tampoi.

 2. KESALAHAN PENGGUNAAN KATA PEMERI:
i. ‘ialah’ hanya boleh diikuti dengan kata nama atau frasa nama sahaja.

Salah:-Nama kampung saya adalah Kampung Pinang Sebatang.
-Tanaman yang banyak ditanam di kawasan tanah tinggi itu adalah buah-buahan.
Betul:-Nama kampung saya ialah Kampung Pinang Sebatang.
-Tanaman yang banyak ditanam di kawasan tanah tinggi itu ialah buah-buahan.


ii. ‘adalah’ hanya boleh digunakan untuk kata/ frasa adjektif dan kata/frasa sendi
Salah:-Keadaan di pusat perkelahan itu ialah sangat cantik dan menarik.
-Tempat tinggalnya ialah di Kampung Pinang Sebatang.
-Pegawai itu ialah dari Pusat Penyelidikan Ikan Malaysia.
Betul:-Keadaan di pusat perkelahan itu adalah sangat cantik dan menarik.
-Tempat tinggalnya adalah di Kampung Pinang Sebatang.
-Pegawai itu adalah dari Pusat Penyelidikan Ikan Malaysia.


iii. ‘kata nafi’ iaitu ‘tidak’ dan ‘bukan’ hanya boleh digandingkan dengan ‘adalah’. ( kata pemeri ‘adalah’ boleh ditiadakan untuk kata nafi)
Salah:-Kenyataan yang anda beri tadi ialah tidak benar sama sekali.
-Pemuda yang bermisai tebal itu ialah bukan abang kandungnya.
-Pakaian seperti itu ialah tidak sesuai dipakai dalam majlis seperti ini.
Betul:-Kenyataan yang anda beri tadi adalah tidak benar sama sekali.
-Kenyataan yang anda beri tadi tidak benar sama sekali.
-Pemuda yang bermisai tebal itu adalah bukan abang kandungnya.
-Pemuda yang bermisai tebal itu bukan abang kandungnya.
-Pakaian seperti itu adalah tidak sesuai dipakai dalam majlis seperti ini.
-Pakaian seperti itu tidak sesuai dipakai dalam majlis seperti ini.


rujukan - Tatabahasa Dewan dan  http://bmpmrspm.blogspot.com/2009/04/bahasa-malaysia-atau-bahasa-melayu-pmr.html

0 comments: