CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, 14 September 2011

Tajuk 4 : Pemilihan Bahan Internet untuk Pengajaran danPembelajaran Bahasa Melayu


PENGENALAN

  • Guru perlu memilih bahan bersesuaian dengan pengajaran bagi mendapatkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
  • Pemilihan bahan boleh merangkumi bahan:
    • Memilih bahan sastera
    • Memilih bahan tatabahasa
    • Memilih bahan bidang ilmu lain


ASPEK-ASPEK PENILAIAN

Kewibawaan (Credibility)

  • Dinilai menerusi kewibawaan penulis atau pengendali laman web berkenaan


Ketepatan (Accuracy)

  • Merujuk kepada tarikh, fakta dan maklumat yang mengiringi sesuatu bahan sumber itu sama ada telah ditulis dengan betul atau tidak


Kewajaran (Reasonableness)

  • Merujuk kepada sama ada ia menggambarkan keadilan, pernyataan pendapat yang seimbang, sederhana serta ketekalan maklumat yang dipaparkan.


Sokongan (Support)

  • Kejelasan sumber rujukan yang telah digunakan oleh penulis bahan sumber itu


MEMILIH BAHAN SASTERA

  • Jenis-jenis sastera
    • Pantun
    • Sajak
    • Seloka
    • Gurindam
    • Cerita Pendek
    • Syair

FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN BAHAN

Umur

  • bersesuaian dengan umur murid


Tahap

  • bahan yang dipilih bersesuaian dengan tahap kecerdasan murid


Aktiviti

  • pemilihan aktiviti yang menyeronokkan


MEMILIH BAHAN BIDANG ILMU LAIN

  • Jenis bidang ilmu lain
    • Ilmu Agama
    • Ilmu Sains
    • Ilmu Matematik
    • Ilmu Sejarah
    • Ilmu Kajian Geografi
    • Ilmu Semasa


FAKTOR PEMILIHAN BAHAN
  • Kesesuaian
  • Tahap
  • Kesinambungan
  • Aktiviti  
  •  
  • Memilih Bahan Sastera


    • Prosa Tradisional
Prosa Tradisional merupakan penceritaan klasik yang berciri sesuatu bangsa. Ianya lahir daripada sifat budaya, cara hidup, tempat tinggal, bidang pekerjaan dan kaum dan agama sesuatu bangsa.
      • Sastera Epik
          • Dikenali juga sebagai sastera pahlawan. Karya-karya sastera epik mengisahkan wira-wira yang menjadi kebanggaan rakyat dahulu kala diatas sumbanagn dan jasa yang telah ditaburkan demi keamanan dan kemakmuran sesebuah negeri. Keistimewaan tokoh ini dicampuradukkan dengan unsur mitos,lagenda,cerita rakyat dan sejarah.
          • Jenis dan penggolongan sastera epik.
          • Epik Kebangsaan 
          • Contoh: Hikayat Hang Tuah



          • Sinopsis Hikayat Hang Tuah 
          • Alkisah, Di pantai barat Semenanjung Melayu, terdapat sebuah kerajaan bernama Negeri Bintan. Waktu itu ada seorang anak lakik-laki bernama Hang Tuah. Ia seorang anak yang rajin dan pemberani serta sering membantu orangtuanya mencari kayu di hutan. Hang Tuah mempunyai empat orang kawan, yaitu Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu dan Hang Kesturi. Ketika menginjak remaja, mereka bermain bersama ke laut. Mereka ingin menjadi pelaut yang ulung dan bisa membawa kapal ke negeri-negeri yang jauh

            Suatu hari, mereka naik perahu sampai ke tengah laut. “Hei lihat, ada tiga buah kapal!” seru Hang Tuah kepada teman-temannya. Ketiga kapal itu masih berada di kejauhan, sehingga mereka belum melihat jelas tanda-tandanya. Ketiga kapal itu semakin mendekat. “Lihat bendera itu! Bendera kapal perompak! “Kita lawan mereka sampai titik darah penghabisan!” teriak Hang Kesturi. Kapal perompak semakin mendekati perahu Hang Tuah dan teman-temannya.
            “Ayo kita cari pulau untuk mendarat. Di daratan kita lebih leluasa bertempur!” kata Hang Tuah mengatur siasat. 
            hangtuah2
            Sesampainya di darat Hang Tuah mengatur siasat. Pertempuran antara Hang Tuah dan teman-temannya melawan perompak berlangsung sengit. Hang Tuah menyerang kepala perompak yang berbadan tinggi besar dengan keris pusakanya. “Hai anak kecil, menyerahlah… Ayo letakkan pisau dapurmu!” Mendengar kata-kata tersebut Hang Tuah sangat tersinggung. Lalu ia melompat dengan gesit dan menikam sang kepala perompak. Kepala perompak pun langsung tewas. Dalam waktu singkat Hang Tuah dan teman-temannya berhasil melumpuhkan kawanan perompak. Mereka berhasil menawan 5 orang perompak. Beberapa perompak berhasil meloloskan diri dengan kapalnya. 



            Kemudian Hang Tuah dan teman-temannya menghadap Sultan Bintan sambil membawa tawanan mereka. Karena keberanian dan kemampuannya, Hang Tuah dan teman-temannya diberi pangkat dalam laskar kerajaan. Beberapa tahun kemudian, Hang Tuah diangkat menjadi pimpinan armada laut. Sejak menjadi pimpinan armada laut, negeri Bintan menjadi kokoh dan makmur. Tidak ada negeri yang berani menyerang negeri Bintan. Beberapa waktu kemudian, Sultan Bintan ingin mempersunting puteri Majapahit di Pulau Jawa. “Aku ingin disiapkan armada untuk perjalanan ke Majapahit,” kata Sultan kepada Hang Tuah. Hang Tuah segera membentuk sebuah armada tangguh. Setelah semuanya siap, Sultan dan rombongannya segera naik ke kapal menuju ke kota Tuban yang dahulunya merupakan pelabuhan utama milik Majapahit. Perjalanan tidak menemui hambatan sama sekali. Pesta perkawinan Sultan berlangsung dengan meriah dan aman. 

            hangtuah4
            Setelah selesai perhelatan perkawinan, Sultan Bintan dan permaisurinya kembali ke Malaka. Hang Tuah diangkat menjadi Laksamana. Ia memimpin armada seluruh kerajaan. Tetapi hal ini tidak berlangsung lama karena para perwira istana menjadi iri hati. Para perwira istana menghasut Sultan. Mereka mengatakan bahwa Hang Tuah hanya bisa berfoya-foya, bergelimang dalam kemewahan dan menghamburkan uang negara. Akhirnya Sultan termakan hasutan mereka. Hang Tuah dan Hang Jebat di berhentikan. Bahkan para perwira istana mengadu domba Hang Tuah dan Hang Jebat. Mereka menuduh Hang Jebat akan memberontak. Han Tuah terkejut mendengar berita tersebut. Ia lalu mendatangi Hang Jebat dan mencoba menasehatinya. Tetapi rupanya siasat adu domba oleh para perwira kerajaan berhasil. Hang Jebat dan Hang Tuah bertengkar dan akhirnya berkelahi. Naas bagi Hang Jebat. Ia tewas ditangan Hang Tuah. Hang Tuah sangat menyesal. Tapi bagi Sultan, Hang Tuah dianggap pahlawan karena berhasil membunuh seorang pemberontak. “Kau kuangkat kembali menjadi laksamana”, kata Sultan pada Hang Tuah. Sejak saat itu Hang Tuah kembali memimpin armada laut kerajaan. 

            hangtuah5
            Suatu hari, Hang Tuah mendapatkan tugas ke negeri India untuk membangun persahabatan antara Negeri Bintan dan India. Hang Tuah di uji kesaktiannya oleh Raja India untuk menaklukkan kuda liar. Ujian itu berhasil dilalui Hang Tuah. Raja India dan para perwiranya sangat kagum. Setelah pulang dari India, Hang Tuah menerima tugas ke Cina. Kaisarnya bernama Khan. Dalam kerajaan itu tak seorang pun boleh memandang langsung muka sang kaisar. Ketika di jamu makan malam oleh Kaisar, Hang Tuah minta disediakan sayur kangkung. Ia duduk di depan Kaisar Khan. Pada waktu makan, Hang Tuah mendongak untuk memasukkan sayur kangkung ke mulutnya. Dengan demikian ia dapat melihat wajah kaisar. Para perwira kaisar marah dan hendak menangkap Hang Tuah, namun Kiasar Khan mencegahnya karena ia sangat kagum dengan kecerdikan Hang Tuah. 

            Beberapa tugas kenegaraan lainnya berhasil dilaksanakan dengan baik oleh Hang Tuah. Hingga pada suatu saat ia mendapat tugas menghadang armada dari barat yang dipimpin seorang admiral yang bernama D Almeida. Armada ini sangat kuat. Hang Tuah dan pasukannya segera menghadang. Pertempuran sengit segera terjadi. Saat itulah Hang Tuah gugur membela tanah airnya. Ia tewas tertembus peluru sang admiral.


            hangtuah7
            Sejak saat itu, nama Hang Tuah menjadi terkenal sebagai pelaut ulung, laksamana yang gagah berani dan menjadi pahlawan di Indonesia dan di Malaysia

            PDF
            Cetak
            E-mail
            Ditulis oleh Administrator   
            Rabu, 07 Oktober 2009 11:5





          • Sastera hikayat:

            Sastera hikayat ialah cerita-cerita dalam bentuk bertulis yang menggunakan bahasa Melayu lama dengan langgam bahasa dan stuktur yang tertentu, membawa cerita ajaib yang berunsur hiburan, hasil daripada imaginasi dan fantasi.
          • Hikayat Merong Mahawangsa

          • Epik berunsurkan Islam
          • Contoh: Hikayat Amir Hamzah
          • Hikayat Muhammad Hanafiah

    • Sastera Hikayat
  • Terdiri daripada tiga iaitu:
                   i. Sastera Hikyat Berunsurkan Hindu

      • Hikayat Melayu pengaruh Hindu yang terkenal ialah hikayat yang disadur secara langsung atau petikan-petikan terjemahan daripada bahagian-bahagian tertentu daripada dua buah kitab epik Hindu iaitu:

                                 i. Mahabharata
                                 ii. Ramayana


                  ii. Sastera Hikayat Berunsurkan Hindu-Islam

      • Sejenis karya sastera berasal daripada sastera Hindu dengan wajah baru yang mengandungi unsur-unsur Islam.
        Dihasilkan pada zaman bermulanya pengaruh Islam di alam Melayu. Pada zaman ini pengaruh Hindu masih tebal. Karya-karya sastera bercorak Hindu yang diubahsuai dengan sifat-sifat kiislaman sesuai dengan prinsip dan pemikiran Islam.

        Contoh karya :
        i. Hikayat Marakarma/Hikayat Si miskin
        ii. Hikayat Serangga Bayu/Hikayat Ahmad Muhammad
        iii. Hikayat Inderajaya/Hikayat Shahi Mardan



                 iii. Sastera Hikayat Berunsurkan Islam



      • Sastera Sejarah
        • Sastera sejarah merupakan puisi yang menarik kerana ia merungkai penceritaan dalam bentuk syair.

        • Contoh Syair Singapura Terbakar


      • Serta terpandang api itu menjulang,
        Rasanya arwahku bagaikan menghilang,
        Dijilatnya rumah-rumah serta barang-barang,
        Seperti anak ayam disambar helang.


        Seberang-menyeberang rumah habis rata,
        Apinya cemerlang, tiada membuka mata,
        Bunyinya gempar terlalulah gempita,
        Lemahlah tulang sendi anggota.


        Pakaianku menyalah seperti kertas,
        Limau manis pun meletup seperti petas,
        Orang menolong pun terlalu pantas,
        Merebut barang-barang terlalulah lekas.


        Ringgit pun hancurlah seperti timah,
        Habislah meleh ke bawah rumah,
        Tidaklah tentu barang dijamah,
        Pencuri pun mengangkutlah bersama-sama.


        Barang yang hendak kubawa pulang,
        Beberapa pinggan mangkuk, cawan dan dulang,
        Sekaliannya habislah hilang,
        Harapnya hatiku bukan kepalang

        Sumber Rujukan :


    • Puisi Moden 

0 comments: