taip alamat doc.google.com
create sama ada dokumen , presentation atau anda juga boleh impor ppt sedia ada dan banyak lagi lerrrrr...belajor laa yerrr
Wednesday, 7 December 2011
moh kita belajar membina dokumen dengan doc.google
Posted by bmm3105seberi at 18:21 0 comments
Sunday, 4 December 2011
Kata Ganda
Posted by bmm3105seberi at 17:01 0 comments
Saturday, 3 December 2011
Kata Pemeri
Kata Pemeri ialah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Terdapat dua jenis kata pemeri iaitu ialah dan adalah
Kata pemeri ialah hadir di hadapan frasa atau kata nama manakala kata pemeri adalah hadir di hadapan frasa/kata ajektif dan frasa/kata sendi.
1. Wanita itu ialah ibu angkat saya.
2. Laksa ialah makanan kegemaran saya.
3. Keadaan di pusat perkelahan itu adalah sangat cantik dan menarik.
4 Tempat lahirnya adalah di Kampung Kelapa Condong.
5. Pegawai itu adalah dari Pusat Pemulihan Akhlak Tampoi.
2. KESALAHAN PENGGUNAAN KATA PEMERI:
i. ‘ialah’ hanya boleh diikuti dengan kata nama atau frasa nama sahaja.
Salah:-Nama kampung saya adalah Kampung Pinang Sebatang.
-Tanaman yang banyak ditanam di kawasan tanah tinggi itu adalah buah-buahan.
Betul:-Nama kampung saya ialah Kampung Pinang Sebatang.
-Tanaman yang banyak ditanam di kawasan tanah tinggi itu ialah buah-buahan.
ii. ‘adalah’ hanya boleh digunakan untuk kata/ frasa adjektif dan kata/frasa sendi
Salah:-Keadaan di pusat perkelahan itu ialah sangat cantik dan menarik.
-Tempat tinggalnya ialah di Kampung Pinang Sebatang.
-Pegawai itu ialah dari Pusat Penyelidikan Ikan Malaysia.
Betul:-Keadaan di pusat perkelahan itu adalah sangat cantik dan menarik.
-Tempat tinggalnya adalah di Kampung Pinang Sebatang.
-Pegawai itu adalah dari Pusat Penyelidikan Ikan Malaysia.
iii. ‘kata nafi’ iaitu ‘tidak’ dan ‘bukan’ hanya boleh digandingkan dengan ‘adalah’. ( kata pemeri ‘adalah’ boleh ditiadakan untuk kata nafi)
Salah:-Kenyataan yang anda beri tadi ialah tidak benar sama sekali.
-Pemuda yang bermisai tebal itu ialah bukan abang kandungnya.
-Pakaian seperti itu ialah tidak sesuai dipakai dalam majlis seperti ini.
Betul:-Kenyataan yang anda beri tadi adalah tidak benar sama sekali.
-Kenyataan yang anda beri tadi tidak benar sama sekali.
-Pemuda yang bermisai tebal itu adalah bukan abang kandungnya.
-Pemuda yang bermisai tebal itu bukan abang kandungnya.
-Pakaian seperti itu adalah tidak sesuai dipakai dalam majlis seperti ini.
-Pakaian seperti itu tidak sesuai dipakai dalam majlis seperti ini.
rujukan - Tatabahasa Dewan dan http://bmpmrspm.blogspot.com/2009/04/bahasa-malaysia-atau-bahasa-melayu-pmr.html
Posted by bmm3105seberi at 06:37 0 comments
Thursday, 1 December 2011
Kata Penguat
Kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti kata adjektif dan berfungsi menguatkan maksud yang terdapat dalam kata adjektif. Kata penguat terdiri daripada;
1. penguat hadapan
2. penguat belakang dan
3. penguat bebas
Penguat hadapan - terletak dihadapan kata adjektif . Contohnya terlalu , paling , dan agak
Ayat contoh;.
1. Pokok kelapa itu terlalu tinggi .
2. Masakan ibunya paling sedap
3. Sungai itu agak dalam
Penguat belakang ~ terletak di belakang kata adjektif. Contohnya sekali , benar, dan nian.
Ayat contoh;
1. kelakuan budak-budak itu baik sekali.
2. Lambat benar bas itu tiba.
3. Indah nian pemandangan di pantai itu.
Penguat bebas ~ penguat bebas ialah perkataan yang terletak di hadapan atau di belakang kata adjektif. contohnya amat , sangat , dan sungguh.
Ayat contoh ;
1. Rumah itu amat besar atau Rumah itu besar amat.
2. Sungai itu sangat dalam atau Sungai itu dalam sangat.
3. Tiupan angin pada pagi ini sungguh nyaman atau Tiupan angin pada paagi ini nyaman sungguh.
Posted by bmm3105seberi at 19:44 0 comments
Kata Tugas
Kata Tugas terdiri daripada:
1. kata hubung
2. kata seru
3. kata tanya
4. kata perintah
5. kata pangkal ayat
6. kata bantu
7. kata penguat
8. kata penegas
9. kata nafi
10. kata pemeri
11. kata sendi nama
12. kata pembenar
13. kata arah
14. kata bilangan
15. kata pembenda
Kata Penyambung Ayat
Definisi
Kata penyambung ayat ialah kata hubung, iatu kata yang menghubungkan , kata dengan kata, frasa dengan frasa dan ayat dengan ayat.
~ kata hubung terbahagi kepada dua, iaitu;
kata hubung gabungan dan kata hubung pancangan
~ kata hubung gabungan terdiri daripada ;
dan , atau , tetapi , serta , lalu , malahan , sambil , dan kemudian.
~ Penggunaannya dalam ayat adalah seperti berikut:
1. Nazri dan Sani bersahabat baik.
2. Mereka mungkin pergi ke Kulim atau ke Baling
3. Siti lulus ujian itu tetapi adiknya gagal
4. Tetamu itu bangun lalu turun ke serambi .
5. Kakak menyapu sampah sambil berbual dengan ibu.
6. Bukan Azman sahaja yang baik hati malahan isterinya juga pemurah.
~ kata hubung pancangan terdiri daripada
kerana , sekiranya , yang , kalau , hingga , sementara , ketika , walaupun , agar , semoga , andai kata , jika (lau) , setelah , tatkala , kendatipun , apabila , sungguhpun dan sebagainya.
Ayat contoh;
1. Budak yang sedang bermain itu adik saya.
2. Murid itu sering dipuji kerana rajin belajar.
3. Sokri bersorak terlalu kuat hingga serak suaranya.
4. Nenek berdoa semoga datuk cepat sembuh
5. Dia pengsan apabila mendapat tahunya ayahnya meninggal dunia
6. Jangan kita bersikp kasar terhadapnya, kendatipun ia seorang yang sombong.
7. tatkala hujan turun mereka masih di padang.
8. Sungguhpun miskin, Pak Dolah dan Mak Kiah hidup bahagia .
latihan
sumber ~ tatabahasa dewan
Posted by bmm3105seberi at 18:36 0 comments
Saturday, 22 October 2011
Aku Bukan Sesiapa
hanya seorang lelaki
yang punya empat cahaya mata
yang hanya ada seorang isteri muda
aku bukan sesiapa
tidak punya harta bertimbun apalagi wang berjuta
melainkan seorang bapa yang selalu berdoa
agar, anak2nya berjaya
aku bukan sesiapa
sekadar manusia biasa
yang tidak sunyi dari noda dan dosa
Tuhan
ampunkan segala dosa
sebelum aku, dipejamkan mata.
Posted by bmm3105seberi at 03:42 0 comments
Friday, 30 September 2011
Peraturan Huruf Kecil dan Huruf Besar
Salah satu kesilapan yang lazim dilakukan oleh guru atau murid ialah penggunaan huruf kecil dan huruf besar.
Huruf kecil untuk nama bidang ilmu.
Saya memasuki kursus Matematik, Fizik dan Mekatronik. (SALAH)
Saya memasuki kursus matematik, fizik dan mekatronik. (BETUL)
Imam Shafie adalah pakar bidang Usul Fiqh. (SALAH)
Imam Shafie adalah pakar bidang usul fiqh. (BETUL)
Huruf kecil untuk nama jawatan umum.
Beliau seorang Doktor. (SALAH)
Beliau seorang doktor. (BETUL)
Huruf besar apabila digunakan bersama nama orang.
mak Eton (emak kepada si Eton)
Mak Eton (nama panggilan perempuan itu)
adik Sazali (SALAH)
Adik Sazali (BETUL)
abang Ali (SALAH)
Abang Ali (BETUL)
kak Minah (SALAH)
Kak Minah (BETUL)
mak cik Limah (SALAH)
Mak Cik Limah (BETUL)
pak cik Dolah (SALAH)
Pak Cik Dolah (BETUL)
nenek Munah (SALAH)
Nenek Munah (BETUL)
cik Murni (SALAH)
Cik Murni (BETUL)
encik Rahim (SALAH)
Encik Rahim (BETUL)
haji Mansor (SALAH)
Haji Mansor (BETUL)
hajah Tom (SALAH)
Hajah Tom (BETUL)
saudara Ramlan (SALAH)
Saudara Ramlan (BETUL)
Saudari Normala (BETUL)
puan Siti (SALAH)
Puan Siti (BETUL)
Huruf kecil untuk nama jawatan am.
Beliau menjadi Perdana Menteri pada tahun 1998. (SALAH)
Beliau menjadi perdana menteri pada tahun 1998. (BETUL)
Karim adalah seorang Inspektor Polis. (SALAH)
Karim adalah seorang inspektor polis. (BETUL)
Huruf besar bagi nama jawatan yang diikuti oleh nama orang.
nabi Ibrahim (SALAH)
Nabi Ibrahim (BETUL)
cikgu Hassan (SALAH)
Cikgu Hassan (BETUL)
prebet Kamaruddin (SALAH)
Prebet Kamaruddin (BETUL)
inspektor Azhar (SALAH)
Inspektor Azhar (BETUL)
imam Hanafi (SALAH)
Imam Hanafi (BETUL)
doktor Tan (SALAH)
Doktor Tan (BETUL)
misi Zaharah (SALAH)
Misi Zaharah (BETUL)
cikgu Fatimah (SALAH)
Cikgu Fatimah (BETUL)
peguam Ahmad (SALAH)
Peguam Ahmad (BETUL)
presiden Kamal (SALAH)
Presiden Kamal (BETUL)
bomoh Ludin (SALAH)
Bomoh Ludin (BETUL)
dukun Jusuh (SALAH)
Dukun Jusuh (BETUL)
tok empat Ghani (SALAH)
Tok Empat Ghani (BETUL)
mudim Sudin (SALAH)
Mudim Sudin (BETUL)
mak bidan Som (SALAH)
Mak Bidan Som (BETUL)
seniwati Sarimah (SALAH)
Seniwati Sarimah (BETUL)
Huruf besar apabila diikuti oleh nama khas.
perdana menteri Malaysia (SALAH)
Perdana Menteri Malaysia (BETUL)
naib canselor UKM (SALAH)
Naib Canselor UKM (BETUL)
menteri luar Thailand (SALAH)
Menteri Luar Thailand (BETUL)
sungai Perak (SALAH)
Sungai Perak (BETUL)
tanah tinggi Cameron (SALAH)
Tanah Tinggi Cameron (BETUL)
gunung Tahan (SALAH)
Gunung Tahan (BETUL)
plaza Angsana (SALAH)
Plaza Angsana (BETUL)
Posted by bmm3105seberi at 19:27 0 comments
Thursday, 29 September 2011
KELEBIHAN JUMAAT
- Hari jumaat merupakan penghulu segala hari.
- Ia mempunyai kemuliaan yang agung disisi Allah.
- Pada hari jumaat jugalah penduduk syurga diberi keizinan untuk menziarahi Allah.
- Pada hari jumaat akan berlaku kiamat.
- Pada hari jumaat Allah menciptakan Nabi Adam a.s.
- Pada hari jumaat terdapat saat ijabah iaitu saat diperkenankan doa secara mutlak, sedangkan saat ijabah itu disamarkan pada hari-hari lain.
- Hari istimewa bagi hari-hari yang ada didalam seminggu.
- Sebaik-baik hari yang matahari itu terbit padanya.
- Allah S.W.T. akan membebaskan pada hari itu seramai 600,000 (enam ratus ribu) orang dari seksaan api neraka.
- Sesiapa yang mati pada hari jumaat atau pada malamnya, Allah catat dia dengan memperolehi pahala seperti pahala orang yang mati syahid.
- Sesiapa yang mati pada hari jumaat dan malamnya, terselamat dia dari seksa kubur.
Posted by bmm3105seberi at 16:19 0 comments
terima kasih sifu rusaini..jasa sifu pastinya tak terbalas
Posted by bmm3105seberi at 06:31 0 comments
Tuesday, 27 September 2011
Tajuk : Huraikan kekangan yang perlu dihadapi oleh guru bagi merealisasikan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu melalui TMK dan cara-cara mengatasinya.
untuk dikumpulkan.
mustahil atau berbahaya jika dilakukan dengan cara biasa.
Posted by bmm3105seberi at 11:28 0 comments
TAJUK 15 : SEMINAR DAN PAMERAN TMK DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU DEKAD KINI DAN MENDATANG
- Merupakan sebuah bentuk pengajaran akademik, baik di sebuah universiti mahupun diberikan oleh suatu organisasi komersial atau profesional.
- Perkataan seminar berasal dari kata Latin ‘seminarum’, yang bermaksud "tanah tempat menanam benih".
- Sebuah seminar biasanya mempunyai fokus pada suatu topik yang khusus, di mana mereka yang hadir boleh menyertai secara aktif.
- Seminar seringkali dilaksanakan melalui sebuah dialog dengan seorang moderator seminar, atau melalui sebuah persembahan hasil kajian dalam bentuk yang lebih formal.
- Biasanya, para peserta bukanlah seorang pemula dalam topik yang dibincangkan (di universiti, kelas-kelas seminar biasanya disediakan untuk pelajar yang telah mencapai tingkatan atas).
- Sistem seminar mempunyai idea untuk lebih mendekatkan pelajar kepada topik yang dibicarakan. Di beberapa seminar dilakukan juga soalan dan debat. Seminar memiliki sifat lebih formal berbanding sistem kuliah di kelas dalam sebuah pengajaran akademik.
- Pengertian Pameran
- Pengertian pameran adalah suatu kegiatan penyajian karya seni rupa untuk dikomunikasikan sehingga dapat diapresiasi oleh masyarakat luas.
- Jenis-jenis Pameran:
- Pameran Tetap (Permanent Exhibition)
- Pameran Sementara (Temporary Exhibition)
- Pameran Keliling (Traveling Exhibition
- Salah satu cara untuk menggalakkan penerbitan hasil penulisan para pelajar dan memberi peluang kepada pelajar lain untuk membaca bahan tersebut.
- Pelajar dilatih supaya dapat mencapai kualiti penulisan yang diiktiraf oleh guru dan pelajar lain bagi menerbitkan bacaan umum.
- Guru perlu mengadakan sesi pameran ini bagi setiap bahan bermutu yang ingin dikemukakan kepada pihak penerbit.
Posted by bmm3105seberi at 11:20 0 comments