CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, 30 August 2012

SeLaMaT MenJalaNkan Ibadat Puasa 6..Selamat Meraikan Keriangan Syawal..

Wednesday, 28 March 2012

Zaman Linguistik Moden

Sunday, 4 March 2012

assalamualaikum...moga sahabat senantiasa dalam peliharaan Allah

sudah hampir 10 hari  aku kehilangan seorang sahabat yg semasa kecilnya cukup akrab denganku..sahabat yg kuanggap seperti adik ini ternyata lebih dikasihi dan disayangi Allah. .Berita kematiannya amat mengejutkan..apatah lagi sudah bertahun kami tidak bertemu, sedangkan kami tinggal di daerah yang sama..kepada-Mu ya Allah aku berdoa moga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dn ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman..

Wednesday, 7 December 2011

moh kita belajar membina dokumen dengan doc.google

taip alamat doc.google.com
create sama ada dokumen , presentation atau anda juga boleh impor ppt sedia ada  dan banyak lagi lerrrrr...belajor laa yerrr

Sunday, 4 December 2011

Kata Ganda

Proses penggandaan dalam bahasa melayu ialah proses yang menggandakan (mengulangi) kata dasar.
Dalam bahasa melayu terdapat tiga jenis penggandaan iaitu :
Penggandaan penuh (melibatkan seluruh kata dasar)
Penggandaan separa (melibatkan sebahagian kata dasar)
Penggandaan berentak (berdasarkan rentak bunyi tertentu)

Penggandaan Penuh

Penggandaan penuh ialah proses yang menggandakan keseluruhan kata dasar samaada mengandungi imbuhan ataupun tidak.
Penggandaan penuh yang terjadi pada kata dasar yang tidak ada imbuhan menggandakan seluruh kata dasar.Contohnya :
~ negara-negara ~ guru-guru
~ pulau-pulau ~ mandi-mandi
~ buku-buku ~ suku-suku
~ cantik-cantik ~ minum-minum

Penggandaan Separa

Penggandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja.
Kata dasar boleh merupakan kata tunggal atau kata terbitan.
Penggandaan separa boleh berlaku dihadapan atau dibelakang kata dasar.
Penggandaan separa yang berlaku pada kata dasar tunggal lazimnya melibatkan pengulangan suku kata pertama dan letak gandaannya pada bahagian hadapan kata dasar.

-lelaki
-jejari
-sesiku
-rerambut
-lelangit

Penggandaan Berentak

Ialah proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu.
Dalam pergandaan berentak, seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah.Berdasarkan pengubahan dan pengulangan bunyi-bunyi demikian,maka penggandaan berentak boleh dibahagikan kepada tiga jenis :
Pergandaan berentak pengulangan vokal
Pergandaan berentak pengulangan konsonan
Pergandaan berentak bebas

Penggandaan Berentak Pengulangan Vokal:

Penggandaan yang mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi-bunyi vokal tertentu,iaitu terdapat ciri-ciri keharmonian vokal.Contohnya :
~ sayur-mayur
~ kuih-muih
~ selok-belok
~ lauk-pauk
~ gotong-royong

sumber rujukan: Tatabahasa Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka

Saturday, 3 December 2011

Kata Pemeri

Kata Pemeri ialah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Terdapat dua jenis kata pemeri iaitu ialah dan adalah

Kata pemeri ialah hadir di hadapan frasa atau kata nama manakala kata pemeri adalah hadir di hadapan frasa/kata ajektif dan  frasa/kata sendi.

1.  Wanita itu ialah ibu angkat saya.
2.  Laksa ialah makanan kegemaran saya.
3.  Keadaan di pusat perkelahan itu adalah sangat cantik dan menarik.
4  Tempat lahirnya adalah di Kampung Kelapa Condong.
5.  Pegawai itu adalah dari Pusat Pemulihan Akhlak Tampoi.

 2. KESALAHAN PENGGUNAAN KATA PEMERI:
i. ‘ialah’ hanya boleh diikuti dengan kata nama atau frasa nama sahaja.

Salah:-Nama kampung saya adalah Kampung Pinang Sebatang.
-Tanaman yang banyak ditanam di kawasan tanah tinggi itu adalah buah-buahan.
Betul:-Nama kampung saya ialah Kampung Pinang Sebatang.
-Tanaman yang banyak ditanam di kawasan tanah tinggi itu ialah buah-buahan.


ii. ‘adalah’ hanya boleh digunakan untuk kata/ frasa adjektif dan kata/frasa sendi
Salah:-Keadaan di pusat perkelahan itu ialah sangat cantik dan menarik.
-Tempat tinggalnya ialah di Kampung Pinang Sebatang.
-Pegawai itu ialah dari Pusat Penyelidikan Ikan Malaysia.
Betul:-Keadaan di pusat perkelahan itu adalah sangat cantik dan menarik.
-Tempat tinggalnya adalah di Kampung Pinang Sebatang.
-Pegawai itu adalah dari Pusat Penyelidikan Ikan Malaysia.


iii. ‘kata nafi’ iaitu ‘tidak’ dan ‘bukan’ hanya boleh digandingkan dengan ‘adalah’. ( kata pemeri ‘adalah’ boleh ditiadakan untuk kata nafi)
Salah:-Kenyataan yang anda beri tadi ialah tidak benar sama sekali.
-Pemuda yang bermisai tebal itu ialah bukan abang kandungnya.
-Pakaian seperti itu ialah tidak sesuai dipakai dalam majlis seperti ini.
Betul:-Kenyataan yang anda beri tadi adalah tidak benar sama sekali.
-Kenyataan yang anda beri tadi tidak benar sama sekali.
-Pemuda yang bermisai tebal itu adalah bukan abang kandungnya.
-Pemuda yang bermisai tebal itu bukan abang kandungnya.
-Pakaian seperti itu adalah tidak sesuai dipakai dalam majlis seperti ini.
-Pakaian seperti itu tidak sesuai dipakai dalam majlis seperti ini.


rujukan - Tatabahasa Dewan dan  http://bmpmrspm.blogspot.com/2009/04/bahasa-malaysia-atau-bahasa-melayu-pmr.html

Thursday, 1 December 2011

Kata Penguat

Kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti kata adjektif dan berfungsi menguatkan maksud yang terdapat dalam kata adjektif. Kata penguat terdiri daripada;
 1. penguat hadapan
 2. penguat belakang dan
 3. penguat bebas

Penguat hadapan - terletak dihadapan kata adjektif . Contohnya terlalu , paling , dan agak
Ayat contoh;.
1. Pokok kelapa itu terlalu tinggi .
2. Masakan ibunya paling sedap
3. Sungai itu agak dalam

Penguat belakang ~ terletak di belakang kata adjektif. Contohnya sekali , benar, dan nian.
Ayat contoh;
1. kelakuan budak-budak itu baik sekali.
2. Lambat benar bas itu tiba.
3. Indah nian pemandangan di pantai itu.

Penguat bebas ~ penguat bebas ialah perkataan yang terletak di hadapan atau di belakang kata adjektif. contohnya amat , sangat , dan sungguh.
Ayat contoh ;
1. Rumah itu amat besar  atau  Rumah itu besar amat.
2. Sungai itu sangat dalam atau  Sungai itu dalam sangat.
3. Tiupan angin pada pagi ini sungguh nyaman atau Tiupan angin pada paagi ini nyaman sungguh.