CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday 8 January 2013

Skema BM 012/2012

Pemarkahan bagi kertas 012 sama ada  bahagian A, B  atau C  ialah secara HOLISTIK. Baca jawapan murid dengan teliti, kali pertama untuk dapatkan impresion dan bacaan kali kedua barulah lakukan penandaan berkaitan isi, ejaan, tanda baca atau ayat.


Aspek yang dinilai
lima aspek yg dinilai , iaitu
1.       Menjawab tugasan
2.       Ayat
3.       Kata (imbuhan,kata ganda,kata majmuk)
4.       Kosa kata
5.       Ejaan dan tanda baca


Bahagian A
Idea2 cadangan –
             a. (suasana)
1.tenang 
2.kemas
3.seronok/gembira
4.berhati-hati 
5.sopan
6.bersih

b. (aktiviti)
1. memasak, menggoreng,menyediakan makanan
2. memesan, memberitahu
3. mencatat,  menerima pesanan, melayan
4. memilih/ meneliti/membaca menu
5. menyuap/menikmati/memberi makan
6. membersih,mencuci ,membasuh tngn
7. mengelap meja
8. menatang,mengangkat makanan/dulang
9. membayar
10. menerima/memulangkan wang

Nota
1.       10 markah utk 5 ayat tanpa apa-apa keslahan
2.       Penggunaan kata sedang dalam semua ayat diterima dan layak diberi cemerlang
3.       Jumlah patah perkataan dlm ayat tidak diambil kira
4.       Penggunaan kata ganti nama atau watak diterima
5.       Penggunaan bahasa Inggeris tidak diterima
6.       Jika watak seorang wanita/seorang perempuan /seorang lelaki diguna berulang-ulang markah maksimum 09 shj.

Bahagian B
Aspek dinilai ( sama bahagian A)
Soalan 1
1.       Pendahuluan – melawat @ mengunjungi 1-1 tempat/menyatakan nama tempat/peristiwa sebelum kejadian/gambaran awal
2.       Aktiviti yang dilakukan contohnya- perkhemahan/lawatan/kunjungn/persinggahan
3.       Perkara ayang menarik/pemndangan/peristiwa menarik/menjadi kenangan/pengalaman sedih @ gembira.
4.       Jangka masa/tempoh berapa lama tidak diambil kira
5.       Penutup – perasaan/pengajaran/harapan

  Nota
1.       Cerita negatif tidak diterima
2.       Jika karangan mimpi , perkataan mimpi dikurung dan tolak 2 markah
3.       Jika tidak salin ayat/atau ubah suai ayat/tambah atau kurangkan perkataan dalam ayat terakhir yang diberi atau ayat terakhir tersebut diletakkan pada permulaan cerita tolak 2 markah.
4.       Karangan berdasarkan pengalaman orang lain disemak seperti biasa ttp tolak 2 markah


Soalan 2
Idea2 cdangan
1.       Pendahuluan – definisi guru/biodata guru/perwatakan
2.       Ciri-ciri guru – b/jwab, berdedikasi/p&p menarik/ pelbagai teknik dn kaedah
3.       Keistmewaan guru – perwatakan  menarik, amal unsur jenaka semasa P&P, prihatin, ambil bert, pakaian kemas
4.       Penutup – harapan kpd guru, mghargai js guru,hidup diberkati

           Soalan 3
                 Idea2 cadangan
1.       Format catatan – hari, tarikh dn masa perlu ditulis pd awal ayat
2.       Persediaan tempat,acara perhimpunan
3.       Laporan /ucapan guru bertugas
4.       Persembahan murid
5.       Penyampaian hadiah
6.       Ucapan PK/GB
7.       Penutup

jika karanga tiada format tolak 3/ format tak lengkap tolak 1

Bhg C.
1.       Pupuk persahabatan/setia kawan/kasih sayang/erat silaturahim –Imran.Aidil dn Rajesh  berkawan rapat
2.       Berpendirian tegas/rasional/jaga keselamatan –Rajesh dn Imran tidak bersetuju dgn jakan aidil
3.       Patuh/akur/taat/mdengar kata – bukan spt aidil yang berdegil dan terus memanjat....
4.       Hati-hati/jaga keselamtan- aidil sepatutnya tidak leka ketika memanjat dan memetik buah rambutan
5.       Prihatin/bertindak pantas/baik hati/ambil berat/peka/btgjawab – Imran dan rajesh cuba membantu aidil...
6.       Baik hati/bertgjawab/membantu/simpati/belas kasihan/peka – Pak Harun membawa Aidil ke hospital
7.       Prihatin/bertangjwab- Imran dan Rajesh menghubungi....
8.       Mengakui keslahan/insaf – Aidil berasa kesal .......
9.       Hemah tinggi/rendah diri/insaf/akui keslahan – Aidil memohon maaf.....

Nota –
-          20 markah untuk 5 nilai lengkap tanpa sebarang kesalahan ayat,tanda baca, ejaan
-          perlu ada sekurang2nya satu penanda wacana
-          Nilai tak boleh berulang walau huraian berlainan
-          Setiap nilai perlu huraian ( diambil  drp petikan)
-          Jika nilai betul, huraian salah, terima nilai shj. ( markah utk nilai)
-          Ulasan tanpa nilai atau nilai tak tepat , layak 3 markah shj
-          Salin seluruh petikan- 2 markah

 MAAF..banyak kesalahan tanda baca dan ejaan, semuanya disengajakan.