CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday 7 December 2011

moh kita belajar membina dokumen dengan doc.google

taip alamat doc.google.com
create sama ada dokumen , presentation atau anda juga boleh impor ppt sedia ada  dan banyak lagi lerrrrr...belajor laa yerrr

Sunday 4 December 2011

Kata Ganda

Proses penggandaan dalam bahasa melayu ialah proses yang menggandakan (mengulangi) kata dasar.
Dalam bahasa melayu terdapat tiga jenis penggandaan iaitu :
Penggandaan penuh (melibatkan seluruh kata dasar)
Penggandaan separa (melibatkan sebahagian kata dasar)
Penggandaan berentak (berdasarkan rentak bunyi tertentu)

Penggandaan Penuh

Penggandaan penuh ialah proses yang menggandakan keseluruhan kata dasar samaada mengandungi imbuhan ataupun tidak.
Penggandaan penuh yang terjadi pada kata dasar yang tidak ada imbuhan menggandakan seluruh kata dasar.Contohnya :
~ negara-negara ~ guru-guru
~ pulau-pulau ~ mandi-mandi
~ buku-buku ~ suku-suku
~ cantik-cantik ~ minum-minum

Penggandaan Separa

Penggandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja.
Kata dasar boleh merupakan kata tunggal atau kata terbitan.
Penggandaan separa boleh berlaku dihadapan atau dibelakang kata dasar.
Penggandaan separa yang berlaku pada kata dasar tunggal lazimnya melibatkan pengulangan suku kata pertama dan letak gandaannya pada bahagian hadapan kata dasar.

-lelaki
-jejari
-sesiku
-rerambut
-lelangit

Penggandaan Berentak

Ialah proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu.
Dalam pergandaan berentak, seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah.Berdasarkan pengubahan dan pengulangan bunyi-bunyi demikian,maka penggandaan berentak boleh dibahagikan kepada tiga jenis :
Pergandaan berentak pengulangan vokal
Pergandaan berentak pengulangan konsonan
Pergandaan berentak bebas

Penggandaan Berentak Pengulangan Vokal:

Penggandaan yang mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi-bunyi vokal tertentu,iaitu terdapat ciri-ciri keharmonian vokal.Contohnya :
~ sayur-mayur
~ kuih-muih
~ selok-belok
~ lauk-pauk
~ gotong-royong

sumber rujukan: Tatabahasa Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka

Saturday 3 December 2011

Kata Pemeri

Kata Pemeri ialah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Terdapat dua jenis kata pemeri iaitu ialah dan adalah

Kata pemeri ialah hadir di hadapan frasa atau kata nama manakala kata pemeri adalah hadir di hadapan frasa/kata ajektif dan  frasa/kata sendi.

1.  Wanita itu ialah ibu angkat saya.
2.  Laksa ialah makanan kegemaran saya.
3.  Keadaan di pusat perkelahan itu adalah sangat cantik dan menarik.
4  Tempat lahirnya adalah di Kampung Kelapa Condong.
5.  Pegawai itu adalah dari Pusat Pemulihan Akhlak Tampoi.

 2. KESALAHAN PENGGUNAAN KATA PEMERI:
i. ‘ialah’ hanya boleh diikuti dengan kata nama atau frasa nama sahaja.

Salah:-Nama kampung saya adalah Kampung Pinang Sebatang.
-Tanaman yang banyak ditanam di kawasan tanah tinggi itu adalah buah-buahan.
Betul:-Nama kampung saya ialah Kampung Pinang Sebatang.
-Tanaman yang banyak ditanam di kawasan tanah tinggi itu ialah buah-buahan.


ii. ‘adalah’ hanya boleh digunakan untuk kata/ frasa adjektif dan kata/frasa sendi
Salah:-Keadaan di pusat perkelahan itu ialah sangat cantik dan menarik.
-Tempat tinggalnya ialah di Kampung Pinang Sebatang.
-Pegawai itu ialah dari Pusat Penyelidikan Ikan Malaysia.
Betul:-Keadaan di pusat perkelahan itu adalah sangat cantik dan menarik.
-Tempat tinggalnya adalah di Kampung Pinang Sebatang.
-Pegawai itu adalah dari Pusat Penyelidikan Ikan Malaysia.


iii. ‘kata nafi’ iaitu ‘tidak’ dan ‘bukan’ hanya boleh digandingkan dengan ‘adalah’. ( kata pemeri ‘adalah’ boleh ditiadakan untuk kata nafi)
Salah:-Kenyataan yang anda beri tadi ialah tidak benar sama sekali.
-Pemuda yang bermisai tebal itu ialah bukan abang kandungnya.
-Pakaian seperti itu ialah tidak sesuai dipakai dalam majlis seperti ini.
Betul:-Kenyataan yang anda beri tadi adalah tidak benar sama sekali.
-Kenyataan yang anda beri tadi tidak benar sama sekali.
-Pemuda yang bermisai tebal itu adalah bukan abang kandungnya.
-Pemuda yang bermisai tebal itu bukan abang kandungnya.
-Pakaian seperti itu adalah tidak sesuai dipakai dalam majlis seperti ini.
-Pakaian seperti itu tidak sesuai dipakai dalam majlis seperti ini.


rujukan - Tatabahasa Dewan dan  http://bmpmrspm.blogspot.com/2009/04/bahasa-malaysia-atau-bahasa-melayu-pmr.html

Thursday 1 December 2011

Kata Penguat

Kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti kata adjektif dan berfungsi menguatkan maksud yang terdapat dalam kata adjektif. Kata penguat terdiri daripada;
 1. penguat hadapan
 2. penguat belakang dan
 3. penguat bebas

Penguat hadapan - terletak dihadapan kata adjektif . Contohnya terlalu , paling , dan agak
Ayat contoh;.
1. Pokok kelapa itu terlalu tinggi .
2. Masakan ibunya paling sedap
3. Sungai itu agak dalam

Penguat belakang ~ terletak di belakang kata adjektif. Contohnya sekali , benar, dan nian.
Ayat contoh;
1. kelakuan budak-budak itu baik sekali.
2. Lambat benar bas itu tiba.
3. Indah nian pemandangan di pantai itu.

Penguat bebas ~ penguat bebas ialah perkataan yang terletak di hadapan atau di belakang kata adjektif. contohnya amat , sangat , dan sungguh.
Ayat contoh ;
1. Rumah itu amat besar  atau  Rumah itu besar amat.
2. Sungai itu sangat dalam atau  Sungai itu dalam sangat.
3. Tiupan angin pada pagi ini sungguh nyaman atau Tiupan angin pada paagi ini nyaman sungguh.

Kata Tugas

Kata Tugas terdiri daripada:
1. kata hubung
2. kata seru
3. kata tanya
4. kata perintah
5. kata pangkal ayat
6. kata bantu
7. kata penguat
8. kata penegas
9. kata nafi
10. kata pemeri
11. kata sendi nama
12. kata pembenar
13. kata arah
14. kata bilangan
15. kata pembenda

Kata Penyambung Ayat

Definisi
Kata penyambung ayat ialah kata hubung, iatu kata yang menghubungkan , kata dengan kata, frasa dengan frasa dan ayat dengan ayat.

~ kata hubung terbahagi kepada dua, iaitu;

kata hubung gabungan dan kata hubung pancangan

~ kata hubung gabungan terdiri daripada ;

dan , atau , tetapi , serta , lalu , malahan , sambil , dan kemudian.

~ Penggunaannya dalam ayat adalah seperti berikut:
1. Nazri dan Sani bersahabat baik.
2. Mereka mungkin pergi ke Kulim atau ke Baling
3. Siti lulus ujian itu tetapi adiknya gagal
4. Tetamu itu bangun lalu turun ke serambi .
5. Kakak menyapu sampah sambil berbual dengan ibu.
6. Bukan Azman sahaja yang baik hati malahan isterinya juga pemurah.

~ kata hubung pancangan terdiri daripada

kerana , sekiranya , yang ,  kalau , hingga , sementara , ketika , walaupun , agar , semoga , andai kata , jika (lau) , setelah , tatkala , kendatipun , apabila , sungguhpun dan sebagainya.

Ayat contoh;
1. Budak yang sedang bermain itu adik saya.
2. Murid itu sering dipuji kerana rajin belajar.
3. Sokri bersorak terlalu kuat hingga serak suaranya.
4. Nenek berdoa semoga datuk cepat sembuh
5. Dia pengsan apabila mendapat tahunya ayahnya meninggal dunia
6. Jangan kita bersikp kasar terhadapnya, kendatipun ia seorang yang sombong.
7. tatkala hujan turun mereka masih di padang.
8. Sungguhpun miskin, Pak Dolah dan Mak Kiah hidup bahagia .

latihan
 

1. Kakak menjahit baju ………………….. mendengar radio.
    A.  dan     B. atau       C.   lalu      D. sambil
2. Ayah membasuh kereta ……………….  emak menyapu sampah.
    A.  tetapi          B.  manakala        C.   Kendatipun                D.  sungguhpun
3. Ali melompat kegembiraan …………… menerima keputusan UPSR.
    A. kerana     B.  tatkala    C.  lantaran   D. sementara


Kesalahan umum penggunaan kata hubung
Penggunaan apabila dan bila
Apabila ialah kata hubung manakala bila ialah kata tanya.Oleh itu penggunaan apabila tidak boleh digantikan dengan bila dan sebaliknya.
          Contoh ayat:
      Dia tersenyum bila melihat telatah anaknya. (SALAH)
      Dia tersenyum apabila melihat telatah anaknya. (BETUL)
      Penggunaan kerana dan sebab
      Kata kerana ialah kata hubung manakala sebab ialah kata nama.Kata sebab boleh berfungsi     
      sebagai kata hubung jika didahului kata oleh menjadi oleh sebab.
           Contoh ayat:
      Dia tidak dapat datang sebab kakinya sakit. (SALAH)
      Dia tidak dapat datang kerana kakinya sakit. (BETUL)
      Dia tidak dapat datang oleh kerana kakinya sakit. (SALAH)
      Dia tidak dapat datang oleh sebab kainya sakit. (BETUL)
 

sumber ~ tatabahasa dewan