CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday 27 September 2011

Tajuk : Huraikan kekangan yang perlu dihadapi oleh guru bagi merealisasikan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu melalui TMK dan cara-cara mengatasinya.


Era perkembangan dan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ( TMK ) sudah tidak dapat dinafikan lagi. Ia menjadi alat inovasi utama dalam kehidupan dan pendidikan masa kini.. Penggunaan TMK dalam pendidikan, khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud menggunakan TMK secara terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan proses pengajran dan pembelajaran. Intergerasi TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini melibatkan guru dan pelajar. Ini bermakna TMK digunakan sebagai wahana pengajaran pembelajaran dan  bukannya belajar tentang TMK.

Peranan dan sumbangan yang dimainkan oleh pendidik pada abad ini amat mencabar kerana bidang ini mempunyai tanggungjawab besar bagi melaksanakan dasar peningkatan penggunaan IT dalam pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian  serta selari dengan perubahan era TMK.

Hari ini, penggunaan komputer semakin penting dalam menjana dan memperkembangkan idea dan kreativiti pendidik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran guru dalam mengadaptasikan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) sebagai alat bantu mengajar dianggap penting  dalam memperluaskan tahap penguasaan dan penggunaan dalam pendidikan.

Perkembangan pendidikan baharu dalam pengetahuan TMK memerlukan anjakan peranan  pendidikan dan profesion keguruan. Untuk mencapai matlamt menjadikan negara sebagai negara yang maju, kita memerlukan lebih ramai guru yang mempunyai pengkhususan bidang pengetahuan komunikasi maklumat (TMK). Latihan pendidikan guru juga memerlukan perubahan paradigma bagi melahirkan guru-guru yang berkelayakan dan berkebolehan mendidik dan membangunkan masyarakat dan negara


Abdul Rahim (2005) menyatakan bahawa globalisasi  yang meluaskan konsep dunia tanpa sempadan memberikan cabaran pendidikan terhadap guru bagaimana pengajaran dan pembelajaran serta dunia pendidikan boleh dimajukan dari perspektif global yang melibatkan penyesuaian kurikulum, penjadualan belajar, penerokaan maklumat  melalui TMK pengawalan dan peranan efektif guru dalam memajukan dunia pendidikan.

Penggunaan TMK secara berfikrah, terancang dan bersesuaian dengan keperluan dalam pembelajaran membolehkan murid:
~     a)  meningkatkan kefahaman dan penguasaan murud dalam pembelajaran
~     b)  mengakses maklumat yang sukar diperolehi.
       c)  mengumpul sesuatu maklumat yang diperlukan dalam masa yang lama atau terlalu mahal  
            untuk dikumpulkan.
~     d)  mencuba atau melaksanakan uji kaji yang sukar, memerlukan perbelanjaan  yang banyak, 
             mustahil atau berbahaya jika dilakukan dengan cara biasa.
       e)  meningkatkan  daya kreativiti dan imaginasi mereka.
~     f)    diberi peluang belajar secara berkesan dengan bimbingan guru secara minimum.
~     g)  meningkatkan kemahiran TMK mereka.

Untuk memperoleh manfaat penggunaan TMK dalam P&P perkara-perkara berikut perlulah diberi perhatian:

~  Penggunaan TMK dalam P&P  perlu dirancang dengan baik atau sebagai aktiviti sampingan yang tidak ada kaitan dengan kurikulum.
~  Guru mesti menggunakan TMK yang bersesuaian dengan kehendak kurikulum atau untuk menyokong sesuatu pendekatan P&P.
~  Ada perkakasan dan perisian yang boleh digunakan serta aktiviti pembelajaran yang sesuai.


Pendekatan yang diperkenalkan untuk integrasi TMK dalam P&P merupakan satu pendekatan untuk memudahkan guru-guru mengaplikasikan satu proses P&P yang melibatkan teknologi dengan lebih terancang. Konsep penggunaan TMK dalam P&P boleh dikategorikan sebagai:
       ~ Tutorial
       ~ Aplikasi
       ~ Penerokaan
       ~ Komunikasi
Menurut Mohamed Rashid dan Mohd. Nasir (2003) dalam “Kajian Terhadap Pelaksanaan Sistem Pengajaran Dan Pembelajaran” menyatakan bahawa pada abad ke-21 negara menghadapi cabaran dalam dan luaran akibat daripada kesan globalisasi, liberalisasi, dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi. Pembaharuan pendidikan dari segi pengajaran dan pembelajaran, sistem pengurusan pembelajaran dan peranan guru sudah tentu akan memberikan cabaran baharu kepada sistem pendidikan.
            Perubahan kaedah pengajaran dengan TMK ini bersesuaian dengan cadangan pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia iaitu guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran yang boleh menarik minat pelajar menggunakan bahan-bahan yang sesuai dari internet untuk tujuan pengayaan, mempelbagaikan teknik penyampaian dalam bilik darjah untuk membolehkan pelajar memahami konsep serta menguasai kemahiran asas dengan lebih berkesan.
            Namun begitu terdapat beberapa kekangan yang dihadapi oleh para guru dan pelajar dalam penggunaan TMK sewaktu menjalankan P&P antaranya ialah:

a)    Kekangan dalam menghabiskan sukatan.
    
     Guru kurang menggunakan komputer dalam P&P kerana guru terpaksa menghabiskan sukatan pelajaran  dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Penggunaan internet memerlukan masa yang lama untuk dilayari dan diakses walaupun dari segi sikap mereka bersedia menggunakan komputer dalam pengajaran.Selain itu, penyediaan alatan seperti LCD untuk berfungsi dengan sempurna mengambil masa lama, terutama bagi sekolah yang tidak ada perkhidmatan juruteknik komputer.

b)   Sikap Negatif Guru.

       Kebanyakan guru telah sebati dengan kaedah tradisional dan sukar membuat penyesuaian dengan teknologi instruksional (Becker & Watt, 1966). Ledakan TMK memberi cabaran baharu kepada profesion guru dan sistem pendidikan.Malahan ada kalangan guru yang ‘buta TMK’, menyebabkan timbul sikap negatif dan tidak berminat mengajar menggunakan TMK selain sikap malas menyediakan bahan atau peralatan TMK untuk pengajaran.

c)    Kekurangan Kemahiran

     Penggunaan IT  yang mempunyai hubungan yang signifikan dengan bidang pelbagai kecerdasan atau multiple-intelligences yang mencorakkan budaya pembelajaran yang tidak lagi terikat kepada pembelajaran konvensional. Namun begitu ,ramai guru yang tidak mahir dalam penggunaan komputer dan internet.Guru yang kurang mahir ini menyebabkan timbul sikap malas dan kurang minat menggunakan IT.

d)   Kekurangan Prasarana dan Bahan Sokongan.

      Meluaskan literasi komputer menjadi agenda penting pendidikan selaras dengan dasar TMK negara pada abad ke-21. Namun begitu kemudahan TMK yang terdapat di sekolah masa ini adalah tidak seragam. Ada yang meletakkan  komputer di dalam bilik darjah, ada juga yang meletakkan semua komputer di dalam makmal komputer. Ada yang memiliki sambungan kepada internet, ada yang tidak. Kekurangan yang prasarana inilah yang menimbulkan masalah kepda penggunaan TMK.Malahan melemahkan semangat guru – guru dan murid – murid.

e)    Jurang TMK dan Digital

     Ketidakseimbangan yang berlaku dalam masyarakat, terutama dalam aspek ekonomi, pendapatan,  pendidikan, kemudahan infrastruktur, pemodenan dan sebagainya akan memberi kesan terhadap kemajuan TMK dan digital. Sekolah, pendidikan dan profesion keguruan di negara ini perlu memainkan peranan konstruktif bagi menangani jurang  TMK dan digital yang berlaku , terutama di luar bandar dan dalam kalangan kaum. Situasi ini menyebabkan pengajaran guru kurang berkesan dan tidak dapat diaplikasi di luar bilik darjah memandangkan  sosioekonomi  murid – murid di luar bandar yang rendah. Penggunaan komputer yang terhad dan tidak berterusan boleh membantutkan penerimaan ilmu pengetahuan yang hendak disampaikan.

f)     Sumber Kewangan Yang Terhad

     Pihak sekolah tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi bagi membiayai berbagai-bagai kos penggunaan teknologi maklumat dan penyelenggaraan IT. Kelemahan kepimpinan sekolah kurang komited terhadap penggunaan TMK juga boleh menyebabkan sekolah tertinggal dari arus perubahan yang berlaku.

 Cara-Cara Mengatasi Masalah.
       Piontek dan Garrock, Rettig dan Smith berpendapat bahawa beberapa aspek perlu diambil kira oleh guru apabila memilih maklumat yang terdapat dalam teknologi maklumat, terutamanya laman-laman web.  Dalam konteks itu, guru-guru Bahasa Melayu harus tahu memilih dan menyesuaikan maklumat-maklumat dalam internet, laman web dan sebagainya sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.  Justeru, beberapa cadangan penyelesaian yang dikemukakan ini dapat membantu guru mengajar Bahasa Melayu menggunakan TMK seperti berikut:

a)            Mengatasi Kekangan Menghabiskan Sukatan
Pendekatan pengajaran menggunakan TMK perlu meluaskan dimensi dunia TMK yang mencakupi penggunaan internet, melayari laman web, on-line, email, program pendidikan yang selaras di peringkat sekolah dan perisian yang perlu dirancang sesuai dengan spesifikasi kurikulum . Penggunaan multimedia, khususnya power point dan layar tayang boleh memberi kesan positif kepada perkembangan minat pelajar.

Program pembelajaran disusun dengan sistematik dan dipantau oleh  guru-guru yang  berpengalaman dalam bidang IT. Penggunaan TMK dalam pengajaran perlu dirancang dengan baik bukan secara sambil lewa atau sebagai aktiviti sampingan yang tidak ada kaitan dengan kurikulum Penggunaan TMK bersesuaian dengan keperluan kurikulum dan menyokong pendekatan pengajaran dan pembelajaran. Bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran , sukatan yang digubal hendaklah  bersesuaian dan mudah dikendalikan.

b)           Sikap Negatif Guru kepada sikap positif
Pengajaran dan pembelajaran cara lama yang diamalkan oleh guru harus diinovasikan dan ada kesinambungan dengan P&P berasaskan IT . Guru seharusnya memikirkan pembelajaran yang dinamik dalam konteks penggunaan TMK di semua peringkat pendidikan bagi membolehkan TMK diadaptasikan dalam budaya pembelajaran.

Persediaan mental, pengetahuan dan kemahiran dalam kalangan anggota adalah penting ke arah sesuatu perubahan dalam sesebuah organisasi (Steers & Black, 1994).

            Perubahan  sikap dan nilai terhadap IT diperlukan oleh guru dalam menghadapi cabaran IT dalam  dunia pendidikan. Justeru itu para guru perlu literasi komputer supaya penggunaan komputer dalam pendidikan tidak terjejas.Guru-guru perlu diberi latihan dalam penggunaan teknologi baru untuk diaplikasikan di dalam kelas.Melalui kursus dan bengkel membantu guru menggunakan perisian dalam P&P. Jika guru mahir menggunakan perisian dan perkakasan computer secara langsung menyemai minat guru.

            Guru   perlu menjadi penggerak dan pencetus kepada perubahan masyarakat TMK dan pembentukan masyarakat digital.Guru juga perlu bersedia meningkatkan pengetahuan dan  kemahiran mereka bagi menjadikan komputer sebagai teknologi pengajaran dan pembelajaran menggantikan pendekatan konvensional.

c)    Kekurangan Kemahiran kepada Mahir dalam Pengendalian IT

Guru harus didedahkan kepada idea baharu dan peluang dalam kerjaya profesion keguruan mereka seperti menghadiri kursus TMK. Pihak sekolah juga perlu mengambil inisiatif memajukan profesion keguruan dalam konteks penggunaan TMK dalam pendidikan agar guru-guru yang berkhidmat di sekolah menerima perubahan dan kemajuan. Program LADAP di sekolah perlu dilaksanakan dengan baik dan terancang. Ini boleh membawa kepada inovasi   dan pelaksanaan dasar pembaharuan pendidikan dilakukan.

Selain itu, pihak pengurusan perlu menyediakan guru mahir IT sebelum guru tersebut mengajar murid-murid menggunakan IT.Ini kerana guru yang mahir akan menambah keyakinan murid terhadap pelajaran.Malahan tidak akan menjejaskan tumpuan murid dan guru ketika proses P&P berjalan.

d)           Kekurangan Prasarana dan Bahan Sokongan

Pihak sekolah perlu membaiki infstruktur komunikasi dan multimedia seperti kemudahan komputer, lebar jalur tinggi yang bersepadu dan sambungan Internet serta makmal komputer. Selain itu, pihak sekolah juga perlu meningkatkan infrastruktur seperti rangkaian , kandungan tempatan, insentif dan perundangan untuk membentuk persekitaran yang membolehkan penyediaan infrastruktur.

Pihak pentadbir juga, seharusnya menyediakan bahan – bahan sokongan lain seperti buku panduan atau manual penggunana, juruteknik komputer dan guru pakar.

Kemudahan bilik darjah atau makmal yang selesa dilengkapi perabot yang mencukupi  memberi galakan dan motivasi kepada guru atau murid. Suasana bilik yang ceria dan kondusif serta mempunyai sudut – sudut pembelajaran berkaitan IT dapat memberi kemudahan kepada murid mencari maklumat berkaitan IT.

e)            Mengecilkan Jurang TMK dan Digital

Dalam menangani isu ini seharusnya penggunaan komputer perlu dipergiatkan dan diperluaskan, terutama di sekolah-sekolah yang terletak di kawasan pedalaman dan luar bandar. Penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran perlu diperluaskan untuk memastikan lebih ramai pelajar mendapat faedah. Oleh itu, usaha akan dipergiat untuk menyediakan kemudahan komputer serta kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer, terutama di sekolah-sekolah di luar bandar.

Masyarakat luar bandar juga dibantu dengan kemudahan komputer dan rangkaian internet . terdapat syarikat komunikasi memberi kemudahan rangkaian internet dan computer percuma, tetapi ia perlu diperluaskan ke kawasan pedalaman  supaya semua murid dapat kemudahan menggunakan IT bukan sahaja di sekolah malahan di rumah. Kerajaan di bawah pimpinan Dato Seri Najib Tun Razak telah memperkenalkan komputer Satu Malaysia sebagai usaha memperluaskan budaya celik IT

f)             Mengatasi Sumber Kewangan yang Terhad

Pihak sekolah juga perlu menangani masalah kewangan yang mungkin dihadapi dari semasa ke semasa. Oleh sebab itu, soal implikasi kos sering kali menjadi kriteria bagi melaksanakan pembelajaran berasaskan komputer di sekolah-sekolah. Perancangan sekolah juga perlu mengambil kira perubahan yang berlaku terutama penggunaan TMK. Selain menyediakan kemudahan belajar berasaskan TMK, sekolah perlu merangka belanjawan pendidikan yang semakin meningkat, khususnya perbelanjaan yang melibatkan penggunaan kemudahan, peralatan dan perkakasan teknologi maklumat.

Peruntukkan untuk penyelenggaraan wajar ditambah memandangkan kos yang semakin meningkat. Pentadbir perlu memastikan penyelenggaraan komputer sentiasa menikut jadualnya dan perlu dipantau  dan dikemaskini supaya jangka hayat perkakasan komputer lebih lama.

Kesimpulan.
            Penggunaan TMK dalam bidang pendidikan bersesuaian dengan hasrat dan aspirasi kerajaan untuk meningkatkan kualiti pendidikan yang bertaraf dunia. Peranan institusi pendidikan bagi meningkatkan kadar celik komputer yang melibatkan pengetahuan dan kemahiran komputer ke arah melahirkan masyarakat siber bergantung pada profesion keguruan. Kaedah pengajaran tradisional perlu diubah untuk disesuaikan dengan kaedah mengajar menggunakan peralatan TMK seperti projektor LCD, komputer dan persembahan power point.
            Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) merujuk kepada kebolehan guru mengintegrasikan aspek pedagogi, psikologi dan teknologi dalam pengajarannya serta kemampuan pelajar mengakses dan belajar daripada bahan yang disediakan. Walau bagaimanapun jika infrastruktur TMK tidak lengkap dan tidak efisien, guru dan pelajar tidak dapat melaksanakan P&P dengan berkesan Oleh itu , prasarana dan kemudahan di sekolah hendaklah diberi perhatian dan dititikberatkan bagi membolehkan penggunaan komputer secara meluas dalam kalangan guru.
Secara umumnya, sistem pendidikan sekolah di Malaysia hari ini dikatakan dapat menyediakan pelajar-pelajar yang serba boleh bagi menghadapi masa depan yang lebih mencabar. Dari semasa ke semasa, kerajaan akan sentiasa mencari jalan supaya pendidikan di Malaysia dapat dipertingkatkan. Dalam keghairahan mengguna teknologi maklumat dalam pendidikan, kita harus berwaspada terhadap bahaya dan kesan negatif akibat penggunaan yang tidak terkawal. Walau apapun pandangan kita, penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa sedikit sebanyak sudah pasti akan mengubah corak pendidikan masa depan dan tingkah laku kanak-kanak. Oleh itu, pengawalan dan pengawasan yang rapi harus diberikan apabila menggunakan teknologi canggih ini agar matlamat yang luhur ini tidak menjadi senjata makan tuan.




0 comments: